Thursday, November 24, 2011

rangka karangan: penagihan semula dadah



Soalan 1: gejala penagihan semula dadah membimbangkan semua pihak. Pada pendapat
                 anda, mengapakah perkara ini berlaku?.

PENDAHULUAN:

-Gejala penagihan semula dadah dalam kalangan beks penagih amat merisaukan.
- Gejala ini berpunca daripada daripada sikap masyarakat.
-namun demikian, sikap individu itu sendiri memainkan peranan yang penting.


ISI:

Isi 1: Pengaruh rakan.
-mereka yang menagih dadah, telah memperdaya dan memujuk rakan yang telah insaf untuk kembali menagih.
-dianggap ‘kolot’ kerana meninggalkan perbuatan keji itu.
-disisih oleh rakan kerana tidak lagi bergaul dengan mereka.
-di hasut untuk kembali menjadi seperti mereka
-diperdaya dengan keseronokan yang diperoleh.

Isi 2: Pandangan negatif asyarakat.
-masyarakat yang memandang keji golongan bekas penagih.
-masyarakat yang menyisih golongan ini.
-sikap masyarakat yang menganggap mereka sebagai ‘sampah’
-tiada sikap penyanyang dalam diri masyarakat.

Isi 3: Sikap keluarga
-pihak keluarga yang enggan menerima bekas penagih.
-keluarga yang menghalau indivdu walaupun tidak lagi terlibat dengan dadah.
-dianggap membawa aib kepada ahli keluarga
-keluarga yang tidak mengambil berat
-keluarga yang tidak memberi sokongan moral.

Isi 4: Sikap individu sendiri
-sikap individu yang masih ingin berjinak-jinak dengan najis dadah
-individu yang tiada pendirian
-kurang kesedaran moral dalam diri individu
-individu yang malas berusaha mengubah nasib sendiri.
-individu yang terlalu mudah percaya kepada rakan

Isi 5: Sikap Kerajaan
-pihak kerajaan yangtidak menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas penagih
-pemantauan yang dilakukan tidak menyeluruh
-ketiadaan tempat untuk mengadu nasib
-anggota kerajaan yang mengambil rasuah sehingga bekalan dadah mudah untuk diperolehi


Isi 6: Tiada penguatkuasaan undang-undang
-Undang-undang ang sedia ada terlalu longgar
-tiada pemantauan dilakukan keatas bekas penagih
-hukuman yang dikenakan kepad pengedar dadah terlalu ringan


Penutup
-masalah penagihan semula dadah dalam kalangan bekas penagih amat merunsingkan. Hal ini harus diselesaikan dengan   
 sebaik mungkin agar masalah ini tidak lagi menjadi isu yang hangat.

Saturday, November 19, 2011

10 orang bijak pandai yang mati sia-sia


10 orang bijak pandai yang mati sia-sia

1.Aeschylus...
merupakan seniman pada zaman  yunani kuno dan meninggal dunia hanya disebabkan seekor kura-kura yang dijatuhkan oleh seekor burung helang dan mengenai kepalanya...  kesian.........



2.SIR FRANCIS BACON.
hanya kerana ingin membuat kajian samaada salji boleh mengawetkan daging, pada abad ke17, beliau membunuh seekor ayam dan menghabiskan masa beberapa jam dengan menimbus ayam tersebut kedalam salji dan memerhatikannya. selepas selesai saja menimbus ayam tersebut, beliau menderita pneumonia akibat kesejukan dan meninggal hari tersebut..  kesian jugakkk.........
.


3.TENNESSEE WILLIAMS.
beliau adalah seorang pelakon, meninggal dunia pada tahun 1983, kematiannya dikaitkan dengan ubat-ubatan.. tetapi bukan mati akibat tersalah makan ubat atau lupa makan ubat.. tetapi kerana TERTELAN TUTUP UBAT.



4.ATTILA THE HUN
merupakan seorang yang ditakuti pada zaman empayar Rom 464-453 S.M.. pada malam pernikahannya beliau mabuk hingga tak sedar hidungnya berdarah teruk. dan pada paginya pula isterinya menjumpai beliau dalam keadaan yang penuh darah mengalir dan mati..



5.TYCHO BRAHE.
beliau dianggap aneh kerana ingin meninggalkan jamuan sebelum ianya berakhir.. teetapi hasrat nya dihalang oleh orang-orang yang ada, padahal dia nak buang air jer..... apa pun tak boleh,,,, akhirnya beliau tahan jerlah dan  sebelas hari kemudian beliau terbunuh. hasil penyelidikan 400 tahun kemudian mendapati beliau keracunan mercury chlorida yang ada dalam kemihn dan menjalar keseluruh tubuhnya......



6.HOLY ROMAN EMPEROR FREDERICK
mati akibat lemas,, setelah melalui gurun pasir yang panas dengan memakai baju besi yang berat,, setibanya tiba di tepi sungai, beliau tersangat-sangat gembira lantas terus terjun kedalamnya sampai lupa nak buka baju besinya yang berat tu..... dan akhirnya beliau tenggelam dengan baju besinya sekali.........
p/s:jangan taksub walupun seronok macammana pun..



7.JEAN BAPTISTE LULLY
beliau adalah seorang ahli muzik dan konduktor pada abad ke17. ketika latihnnya dan menyelesaikan karya terakhirnya(konon nak pencen la tu) dengan perasaan yang amat gembira dan teruja yang amat sangat dia dengan tak sengaja telah mencucuk kayu konduktor ke dalam kaki kanan nya.. akibatnya meninggal kerana keracunan darah,,, (memang jadi karya terakhir sungguh dah.....)


8.POPE JOHANN XII,
meninggal dunia ketika berumur 18 tahun pada tahun 963 M.. beliau mati akibat dibaling dengan pintu bergagang berlian oleh tunangnya sendiri.....  (ape pon x boleh)



9.JIM FIXX.
merupakan pengarang 70 buku best seller terbaik. the complete book of running touted berjalan dan diet yang sihat sebagai 'petuai' bukan petua heheheh,, tapi meninggal dunia ketika jogging.. ape kes......??



dan lastly....

10.JEROME IRVING RODALE
beliau adalah penemu makanan oragnik dan penerbit akhbar, tapi akibat cakap besar dan bongkak,, pada satu wawancaranya bersama stesen televisyen yang menemuramahnya pada tahun 1971. beliau berkata beliau mampu hidup hingga umur 100 tahun dan pada ketika itu beliau sudah berumur 72 tahun, tetapi sesaat kemudian beliau rebah dan meninggal dunia di situ juga.... (akibat bongkak.)



                                                               adios.........................

PERASMIAN

Asalamualiakum..... hari ini 19 november 2011.. adalah hari pelancaran bagi laman blog progen,,, so sebagai perkenalan,,,progen bermaksud PROfesional GENeration.. kami adalah pelajar tingkatan 6, yang bersekolah di smk selancar...